Saturday, July 14, 2012

NAMA TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT MANTAN MENTERI BESAR JOHOR DIABADIKAN PADA NAMA SEKOLAH MENENGAH DI PONTIAN





NAMA TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT MANTAN MENTERI BESAR JOHOR DIABADIKAN PADA NAMA SEKOLAH MENENGAH DI PONTIAN




YAB Tan Sri Osman bin Mohd Sa'at salah seorang tokoh terbilang dan tidak asing lagi bagi anak watan negeri Johor. Beliau merupakan Menteri Besar Johor ke-10 dari tahun 1967 hingga 1982. Banyak jasa yang telah beliau curahkan untuk negeri bertuah ini. 
Atas sumbangan jasa beliau, nama beliau telah diabadikan bagi mengantikan nama SMK Batu 34, Pontian menjadi SMK TAN SRI OSMAN MOHD SA'AT. Pemasyhuran nama beliau telah disempurnakan oleh YB Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran II, Kementerian Pelajaran Malaysia pada 24 Julai 2010 yang lalu. Semoga dengan pertukaran nama ini akan meningkatkan lagi semangat, keazaman dan iltizam warga sekolah untuk mencapai tahap yang lebih baik di masa hadapan.

SEJARAH SMK TAN SRI OSMAN MOHD SAAT



SMK TAN SRI OSMAN MOHD SAAT 2012



Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Osman Mohd Saat memulakan sesi persekolahannya pada 1 Januari 2001. Sebelum itu sekolah ini dinamakan SMK Batu 34 kerana ia terletak di Batu 34 Jalan Johor Bahru-Pontian.

Pada permulaannya seramai 23 orang guru ditugaskan untuk mengajar dan mendidik seramai 355 orang murid di sekolah ini. Lama kelamaan jumlah murid bertambah. Pada tahun 2003 bilangan guru menjadi 39 orang manakala bilangan murid bertambah menjadi 693 orang. Jumlah kelas juga bertambah. Sekolah ini menawarkan pembelajaran dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.